Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday 7 November 2013

al fatihah....

assalamualaikum. lama x bersiaran... entry ni just nak beritahu yg mak aku dah takde lagi. dah meninggal dunia mengadap ilahi...

aku asyik ckp nk buat entry pasal mak aku. tp xsampai hati. takut sedih buat entry pasal mak aku. mak aku sakit. breast cancer. kami sekeluarga menyaksikan kesakitan yg dia alami selama setahun lebih. mula kenal pasti ada cancer pada bulan 2 tahun lepas. so sejak tu, mcm2 rawatan dah buat. kanser tu makin merebak dan merebak. biasalah kalao buat kimoterapi, kepala akan botak dan macam2 lagi side effect. kesian. mak sorang yg tanggung. berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul kan....

alhamdulillah tahun ni mak dan ayah dipanggil oleh tabung haji utk buat haji. walopon x sihat, mak insist nak pergi jugak. dia asyik kata, kalau aku tangguh, aku x sempat nk gi lagi camne? yela.. mak asyik ckp umur dia da x panjang. dia mesti kene buat haji tahun ni jugak... :(

walaupun berat hati nak benarkan mak pergi haji, kami turutkan jugak kemahuan mak tu. tu impian dia. kami hya harapkan keajaiban utk dia kembali sihat sekembalinya dari mekah nanti. tak tahu mcm mana mak yakinkan pegawai perubatan utk benarkan dia pergi. alhamdulillah mak lulus ujian kesihatan dan berangkat ke mekah 22 september hari  tu bersama ayah.

2 hari mereka di mekah, mak terus dimasukkan ke hospital sbb keadaan mak sgt lemah. mulalah risau kami adik beradik kat sini. hanya doa dpt kami sampaikan. sepanjang mak kat sana, mmg dok kat hospital. kesian ayah sensorang kene jaga mak kat sana :( dari hospital tabung haji, mak dihantar ke hospital besar mekah. siap masuk ICU lagi. kemudian dihantar semula ke hospital tabung haji.

alhamdulillah mak dapat buat haji. wukuf di arafah tu, mak dihantar oleh ambulans. x perlu bermalam di sana. cukup sekadar mak berjaya sampai ke sana. melontar pulak, mak wakilkan ayah. sa'i dan tawaf upah tabung haji utk tolak wheelchair mak. alhamdulillah....

untuk pengetahuan, doktor2 di mekah semua pelik. macam mana pesakit kanser tahap 4 mcm mak ni boleh lepas sampai ke sana? itu mungkin rahsia Allah x siap yg tahu. rezeki mak utk buat haji sebelum dia pergi wlaupun keadaan dia uzur di sana. tabung haji telah arranged penerbangan lebih awal utk mak ayah balik ke malaysia. sepatutnya 11 november nanti baru blk msia. tp atas sbb kesihatan mak dpt balik penerbangan pertama. mmg rezeki mak utk habiskan nafas terakhir dia di samping kami sekeluarga. alhamdulillah.

mak sampai klia selasa pagi 22/10/13. selasa malam kami terus bwk mak ke hospital. sbb keadaan mak lemah sgt. sampai kat PPUM. doc kata mmg mak sgt lemah. kat sana, doc dah suruh ahli keluarga bersedia dgn sebarang kemungkinan. dgn kepakaran yg dorang ada, dorang ckp, jangka hayat mak mungkin tinggal beberapa minggu je lagi. kami semua redha dgn ape2 ketentuan. kami sedar yg doktor2 bukan nk menakutkan kami. mereka bercakap berdasarkan fakta. kami bersedia....

duduk di hospital pon mak x buat ape. mak asyik kata sakit sakit sakit. doc advise mak dibawa pulang sbb xde ubat dah nak bantu. dah habis semua ubat dah bagi kat mak. ok kami pon bawak mak pulang ke rumah pada sabtu 26/10/13. keadaan mak mmg agak menyedihkan. memori mak pon x berapa tajam. dan asyik bercakap benda2 yg xde kaitan. sedih tgk keadaan mak mcm tu. sepanjang mak kat rumah, ramai la sedara mara dan kawan2 mak dtg melawat. sempat adakan bacaan yaasin di rumah dan masjid utk meringankan sakit mak. alhamdulillah semua org prihatin :)

ape je yg mak mintak semua kami tunaikan. layankan je ape yg mak ckp tu. mak mmg xboleh bergerak langsung. seluruh badan longlai. tp dia xselesa. so dia akan suruh org alihkan badan dia setiap 5 minit. ya Allah, kau mmg nak beri pahala kepada anak2 mak. mmg kene sabar jaga org sakit kan. kami sabar dan buat ape je yg mak suruh. kesian mak :(

31/10/13 kami hantar mak ke hospital sbb mak mcm sesak nafas sikit. risau jugak. actually kami adik beradik mmg ade buat duty roaster utk jaga mak. so duty aku jaga mak ialah esok petang. so aku mmg niat nk amik time off petang utk jaga mak. kebetulan adik beradik lain mmg cuti jugak. so semua ada kt hspital temankan mak. masa aku dtg hspital tghari tu. mak mmg x sedar dah. doc ckp, boleh pagil sedara mara. mungkin doc dah nmpak mak dah nazak. tp aku xtaw pon nazak tu mcm mn. aku tgk mak bernafas mcm biasa pakai oksigen tu. makcik aku suruh rasa kaki mak. mmg sejuk. makcik kata tu dah nazak. tp aku mcm x percaya. sedara mara pon ramai la da dtg spital time tu.

aku gi surau utk solat asar jap. sblum tinggalkan mak masa tu, aku tgk mak still bernafas mcm biasa wlaupun agak slow sedikit. balik dr surau. aku tgk org da jerit2 panggil nurse. time tu aku tgk muka mak mcm da pucat je... rupanya mak mmg dah xde....   :( mak pergi pada jumaat pengulu hari 1/11/13 jam 5.30 ptg.

ye aku sedih. xkan la x sedih. tp aku redho. aku x ralat sbb mak pergi hari jumaat setelah selesai buat semua rukun islam. mak dah buat apa yg dia nk buat. alhamdulillah... biarlah mak pergi. itu yg terbaik dari mak terus malawan kesakitan dia yg hanya dia dan tuhan je yg tahu. kesian kat mak...

semoga mak tenang di sana. insyaallah jannah tempatmu mak... byk lagi nak cerita pasal mak. tp cukup la ni dulu. kaklang sayang mak... kami akan rindu mak sampai bila2.

alfatihah untuk mak....


izz with arwah wan masa sehari lps balik dari mekah

kami adik beradik sama2 jaga mak ikut duty roaster. alhamdulillah diberi kesempatan untuk berbakti kepada mak di saat saat akhir kehidupan beliau.

alhamdulillah semua anak mak duduk dekat2. xde masalah nk bergilir jaga mak. sayang mak! kanser ni sgt jahat kan. wlopon sampai botak mak buat kimo/radio, but kanser tu still merebak jugak sampai ke lungs, bones, liver n the worse part, brain....



ni la duty roaster yg dibuat utk jaga mak. tp sempat dilaksanakan x sampai seminggu pon. asalnya doc advise personal nurse utk jaga mak sbb mak perlu 24/7 supervision. tp kami rasa kami boleh jaga mak gilir2. tu yg buat duty roaster ni. Allah lebih sayangkan mak...

ni gambar aku dan mak beberapa jam sebelum mak hembus nafas terkahir beliau pada usia 61 tahun. sayang mak sampai bila2....


FATIMAH MD SAID
1952 - 2013

love ~ izyan al-za'im

5 comments:

Unknown said...

takziah kak..

hazawahida said...

Kehilangan org yg tersayang adalah sgt pahit, hanya doa dan al-fatihah daripada anak yg soleh buat bekalan ibu di sana. Takziah untuk yan sekeluarga.

wardah @ fie shah said...

Takziah Yan, semoga Allah memberkati jasa Yan adik beradik jaga arwah selama ni. Alfatihah..

Farah I. said...

takziah ya.. Allah lebih menyayangi mak.. Alhamdullilah dia sempat menyempurnakan Hj..

ct shah said...

takziah yan.baru baca entry ni...
i'm speechless.tgk arwah mak yan,rasa mcm tgk arwah my mom.nama pun lebih kurang jer..my mom pun nama timah..
semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman.amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...