Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday 11 January 2013

ujian untuk izz...

entry basi kembali lagi. hehe. erm.. entry ni entry sedih sikit.. isk iskkk. kisahnye macam ni.....

kisahnye berlaku seminggu selepas majlis cukur jambul izz. umur baru masuk 2 bulan. time tu aku n hubs stillx balik umah sendiri lagi. dok kt umah mak aku je. as usual, malam izz tido macam biasa. mcm biasa yg aku maksudkan is, aku meniarapkan dia waktu dia tido. mmg dia senang tido kalau ditiarapkan. sebelum tu, kami keluar berjalan. so kami expect izz mmg penat n tido nyenyak.

selalunya, kalu tido mlm, izz akan mintak susu and aku akan BF dia. tp masa tu dalam kol 5am, izz x bangun2 nak mintak susu. aku mcm pelik, aku angkat dia dari meniarap tu (izz tido sebelah aku) aku try nk BF dia sbb lama sgt dia tidur x mintak susu. baru je nk susukan dia, jd kejadian yg amat pelik, aku tgk izz mcm x bernafas. aku panggil dia diam je. aku syak dia sesak nafas sbb lama sgt dia tidur x bangun2. aku kejutkan hubs n panggil mak aku.

Ya Allah cuak nye masa tu, hya Allah yg taw.  mak pukul2 n goncang2 badan izz. adalah dlm 2 3 mint izz x bg respon. (sambil menulis entry ni, aku tiba2 igt cite lama tu. sedey :(  ) aku cubit2 izz but x nangis pon dia. lama2 tu aku rasa dia da bernafas spt biasa balik. takutt sgt... tp aku n hubs x sedap ati. kitorang gi klinik 24jam dekat ngan umah. nak taw, ape yg terjadi kt izz td. 

sampai je klinik tu, dapat jumpa ngan doktor mamai baru bgun tido/ aku bgtaw, aku rasa anak aku sesak nafas mungkin sbb tertido lama sgt meniarap. seyes sakit ati tgk doktor mamai tu. dia cek paru2then dia kata ok, mgkin sbb tersedak susu. adoii aku direct bf pon boley tersedak susu ke? bukan bg byk pon, baru je nk start Bf time tu.. erm xpelaaa doc kata ok, kami pon balik la... tp still dgn perasaan yg x tenteram. rasa risau dgn kejadian tu. 

esoknye, nak tidokan izz, aku n hubs da jji x nak tidokan izz meniarap lg.. serik. dalam pukul 1 pg, ya Allah ya tuhanku, kejadian semalam jadi balik! izz kekejangan dan x bernafas. aku panik! mak goncang izz, aku cubit izz, but no respon. terus kata nk gi hospital. mak nak ikot skali. aku sempat capai seluar sbb masa tu aku berkain batik je. xpk ape da. hubs terus amek kete. dlm kete tu aku rasa jantung aku dah gugur segugur gugurnya. Allah je yg taw. aku ckp, hospital jauh, kita gi clinik dulu la. sbb time tu aku rasa izz da ade respon sikit2. aku takut jadi ape2 dlm perjalanan ke PPUM. hubs bwk kete kalah F1 driver time tu. 

kenapa la bodo sgt aku ni suruh gi clinik yg aku gi smlm. patutnya klo jd camtu, terus la gi hospital kan. ham sebenarnye, masa tu mak aku x sehat sgt. x boleh jalan. tp sbb izz, mak aku tb2 boley jalan! bayangkan, kete benti je depan clinik, mak aku trus lari masuk clinik, cakap MANA DOKTOR? MANA DOKTOR? SAYA NAK JUMPA SEKARANG! CUCU SAYA! lebih kurang la, xde register bagai. main skip je je patient yg ade, n pandai2 bukak pintu bilik doktor. anyway, mak aku terlampau panik, sptutnya klo jd kejadian mcm tu, kita xleh panik. kene rilex tarik nafas.aduh mak ni, hehe. bila mak panik, aku jd lg panik. huhuu

kelakar pulak bila pk keadaan tu. macam dlm drama seriously. tp sebab anak/cucu sakit, camtu la jadinya... doc tu mcm terkejut. dis time doc yg lain, bukan doc semalam. terus dia cek izz, dia kata, bawak trus gi hospital. lagi jatuh jantung aku! bila doc clinik suro gi hspital. mesti ada sumting serious. dlm kereta, aku suro2 izz nangis.plzz nangis la izz, ummi risau izz x nangis...ee sedih nye bila igt balik...

thubs pecut laju ke ppum, aku bc ayat kursi sambil cubit2 izz, suro dia respon. time tu dia mcm ok sket but still risau. sampai ke emergency, mak aku berlari (sumhow, aku terpikir, mana mak aku dpt kekuatan berlari tu...kesian mak, dia sakit sbnaye) pagi buta tu ade 2 doctor tgk anak aku, die soal siasat aku..blablabla... upenya anak aku bukan sesak nafas! itu sawan tarik! fits! seizure!

erm, izz mmg x demam, so doc nak taw ape punca izz fits? sbb biasanya budak yg fits dsbbkan demam panas. maka izz perlu diwardkan...buat la ape2 doc, jji anak sy sihat. masa dr emergency ke wad [ediatric, agak jauh gak. aku pimpin mak jalan. kesian mak, dia x larat sebenaye,, but dia jalan jugak. aku pon xpk lak wheelchair ke ape time tu sbb aku pk izz je time tu....sorry mak...

maka camtula, 5 hari izz dirawat di PPUM. seminggu hubs cuti temankan aku n izz. selama 5 hari tu jugak la aku n hubs tidur duduk. actually hya mak je boleh tgu. but aku ngan hubs slambe je 2 org tgu izz kat wad 24/7. risau betul aku. kesian pon ade. izz diambil darah ntah bp kali sehari, byk sgt. kecian izz nagis2 sakit ;(

lps cek itu, cek ini, akhirnya tahu ape yg mnyebabkan izz fits. kalsium dlm badan dia sgt rendah iaitu 1.3. bacaan normal kalsium dlm badan sepatutnya 2.2. bila kalsium dia kurang, so dia mudah kene fits... oo ic... kalsium kurang pulak disebabkan vit D yg kurang dlm badan utk menyerap kalsium. lebih kurang la.. semuanya kurang. agak pelik sbb izz fully BF. erm ,mebi izz jd camtu sbb aku gak. aku x minum susu. mungkin kalsium aku kurang n izz dpt ape yg aku bg kat dia..

so, utk avoid the fits to hit back, dlm wad tu dok kasi kalsium dlm dos yg byk... tu yg wayar berselirat kat izz. alhamdulillah, akhirnya izz dibenarkan discharge bila bacaan kalsium da normal, but still kene truskan ubat (vitamin D n kalsium) mula2 tu, 4 jenis ubat izz kene makan sblum ni.  4 kali sehari. last month, doc da kurangkan amik vit D n kalsium saje. leceh sket nk bg kalsium tu, aku kene tumbuk n bancul tablet tu, n masukkan dlm syringe bg izz mkn. em, budak2 susah sikit nk bg mkn ubat. dilekuarkan balik, but aku x penah miss bg izz ubat. harap2 izz cepat sembuh ye syg.

next week ade follow up lg. asek2 kene amek darah, can anak ummi. hopfully dpt result yg mbolehkan izz xperlu amek ubat lg. harap izz da betul2 sihat. ummi abi syg izz... lps izz keluar hospital tu, risau sgt, rasa x boley tido malam. takot fits tu dtg balik. boley tercabut nyawa rasanya. kejadian tu mbuatkan aku rasa naluri ibi tu kuat ada dlm diri aku. aku baru taw mcm mn rasanya jd sorang ibu yg sgt risaukan anaknya. aku rasa aku sayang sgt anak aku time tu... bukan kata sblum tu x sayang, tp perasaan tu lain bila tgk keadaan anak mcm tu..

berikutan mak boley jalan sbb bwk izz tu, after izz masuk wad, mak aku pulak kene tahan kat wad sbb tulang blkg dia makin teruk. dah 2 org skali masuk wad. ujian betul time tu. xpela, nnt aku cite pasal mak pulak kt entry lain k. semoga mak pon cepat sembuh...

panjang entry kali ni. ya allah peliharalah kesihatan keluargaku... Ameen...

kt bwh ni semua gamba izz kat dlm wad. sedey :(




tq abi, teman ummi jaga izz kt wad. i love both of u..



bayangkan aku fully Bf dia kt spital selama 5 hari dgn penuh wayar berselirat. mmg mencabar. aku usahakn jugak each time izz nak susu...i love u izz

ada sekali tu, aku kene bwk izz dr wad ke tempat ultrasound. jauh jugak la.. otw tu, aku terlanggar izz nye salah satu wayar. menitik2 darah izz keluar sepanjang jalan tu. izz nagis keluar anak tekak. naseb ada doc tolong masa tu. cuak giler. i noe izz sakit. maafkan ummi iz...

time ni aku melawat mak kt wadortopedik dari wad pediatrik..

tgn kanan, tgn kiri, kaki kanan,kaki kiri semua kene cucuk. ummi sedey.. :(

sayu tgk muka izz time ni.....

time ni dah nak balik da. soo izz makin sihat dan boley gelak. yay alhamdulillah...
Risau dan seriau kalau perkara sama berulang kembali. xnak duduk wad lagi ;( ya Allah....peliharalah izz....

love ~ izyan al-za'im

3 comments:

Aeen said...

Ya Allah..sedihnye kte bace izyan...Alhamdulilah izz dah sehatkan...:)

suwara entertainment said...

sedihnya baca yan. kesian kan anak kecil warded wayar n tiub berselirat kat badan dia.

cukup la dulu bambam pernah kena rotavirus. seminggu gak la akak terpaksa cuti jaga kt spital. wayar n tiub selirat kt badan, kaki n tangan dia. sayu je tgk.

semoga anak2 kita sentiasa dilindungiNya. amin

yan kena kuat dan tabah ye sebagai seorg ibu. tu pun bole jd semangat buat anak2 :)

aida said...

Ya Allah sdih nye sy bca..rase nk kuar air mata..hrap izz skrg mkin chat ye..klu ank x chat mmg kta ssh ati kn..izyan, ank aida pn krang vit D gak dlm bdan.. :'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...